Tuesday, April 03, 2012

selepas saya memutuskan untuk berhenti kerja

aloha..

>>kesinambungan kisah 'aku putuskan untuk berhenti-notis 2 bulan'

selepas membuat keputusan untuk berhenti hari tu, tetiba terasa ada satu perubahan yang aku boleh katakan keajaiban berlaku di tempat kerja.

aku merasakan kepala aku dah ringan. balik lambat pun aku 'willing to' tanpa ada paksaan mahupun kerisauan ditinggal 'driver'. serius aku rasa perubahan yang 'wow'!

aku berhenti kerana aku terlalu kerap dimarah dan sesetengah situasi itu aku tak tahu kenapa terjadi. dan kadang aku merasakan bahawa aku ini tempat untuk melampiaskan amarah dek kerja yang berlambak.

sesiapa pun akan berubah emosi kalau kerja terlalu banyak tetapi melepaskan kemarahan kepada individu lain bukan satu cara yang baik dan sememangnya tidak wajar untuk diamalkan. tetapi itulah yang aku alami selama hampir 7 bulan di tempat kerja. aku seharian berdepan dengan dengus yang benar2 merosak mood. so, kena bijak mengawal. tapi kalau dah moody memanjang, saperlah boleh tahan. dah ar keja banyak then dimarahi lagi, memang tahap kesabaran tercalar juga.

tapi tulah, terasa sesuatu berlaku kat tempat kerja. gua nyer bos yang marah2 tu dah 'jadi baik.' kecian kat dia. mungkin bos dia (manager) ada bagi nasihat kut supaya tahan2 sikit sabar. alangkah baiknya kalau dia seperti itu sebelum ini. pastinya ramai orang yang sukakan dia.

masa nak berhenti kerja hari tu, gua jujur mengatakan bahawa 'tak tahan kerana terlalu kerap dimarah.' gua cakap kat bos yang selalu marah gua tu dan kepada manager juga gua cakap. nak beri alasan aper lagi. kalau dulu gua nak berhenti kerana masalah pengangkutan walaupun hakikatnya gua memang tak tahan jadi mangsa kemarahan. tu gua cover2 lagi coz xnak menyakitkan hati dia. tapi untuk kali ke-2 ni gua terus terang gua tak tahan asyik kena marah.

bos yang selalu marah gua tu ada minta gua fikir2kan keputusan nak berhenti tu tapi gua kata gua akan berhenti juga. sehingga manager tu jumpa gua lak. manager tu memang baik orangnya. antara ayat2 manager yang buat gua sedikit terharu:-

"saya sangat kecewa kamu nak berhenti..."

"boleh tak kamu beri peluang sekali lagi kepada 'dia'..."

"company kehilangan pekerja yang baik..."

gua menangis depan manager okey. gua cakap:-

"saya pun bukan suka2 nak berhenti. saya dah mula sayang kat company ni tapi... tak boleh ar selalu dimarah..."

gua cakap kat kawan gua ranger oren:-

"selama 2 bulan terakhir di tempat kerja ini, saya tidak akan merungut jika perempuan tu marah2 ke aper... biar dia puas nak marah.."

but yang berlaku berbeza...

tetiba terasa aman damai di tempat kerja. perempuan tu berusaha untuk kawal emosi kut. gua pun tenang je ke opis. tak takut dah. apa berlaku esok lusa gua tak tau ar. yang pasti 2 3 hari ini semua OK. semoga berterusan walaupun aku telah tiada di tempat kerja itu nanti..


nasihat: banyakkan bersabar yer. jangan suka hati melampiaskan amarah kepada orang2 bawahan atau sesiapa pun. well, setiap manusia ada perasaan maaa.. sesekali lu kasi letak lu punya diri kat situasi itu orang.. baru lu faham.. erk! gua ni selalu marah gak! heeeeeeee


Friday, March 30, 2012

aku putuskan untuk berhenti-notis 2 bulan

semalam sukar untuk melelapkan mata. terasa begitu banyak yang bersarang di minda dan celaru yang meminta untuk diuraikan.

aku hanya terlelap apabila jarum pendek hampir menginjak ke no 4 pagi. paginya begitu sukar untuk bangun.

semalaman aku memikir apa sebenarnya yang harus aku putuskan.

selepas sahaja aku menyerahkan surat perletakan jawatan pada 28.03.12, bos no 2 ada mengajak untuk berbincang. dalam perbincangan tersebut memang ada mengundang airmata. apa sebenarnya yang mengundang airmata itu aku sendiri pun tak pasti.

terasa tak teringin untuk mengingat apa yang berlaku namun biarlah aku coretkan sekadar memori kala aku menyelak halaman demi halaman memori dan kisah yang pernah aku lalui. dan perletakan jawatan ini memang sesuatu yang sukar untuk aku juga. sejujurnya dari hati aku dah mula menyayangi tempat kerja baru itu. walaupun aku tak dapat beramah mesra dengan rakan-rakan sekerja yang lain namun aku dah mula menyukai kerja-kerja yang aku lakukan. cuma hanya satu benteng yang begitu sukar untuk aku pecahkan kerana aku terikat di sana.

bukan aku tak pernah untuk menembusinya. bukan tak pernah aku cuba untuk menerjah tembok itu namun kegagalan demi kegagalan kerana aku berada dalam kawalan. terikat dalam situasi yang kadang aku tak faham mengapa ia terjadi.

andai aku mempunyai kekuatan, ingin aku lepaskan segalanya kepada pihak atasan bahawa aku pergi bukan dengan sepenuhnya kerelaan hati namun yang menguatkan hasrat untuk pergi kerana aku tewas menerjah tembok itu.

mungkin benar kata pihak atasan bahawa aku tidak mempunyai keberanian untuk melangkah ke hadapan tetapi ini hujah aku.. 'aku senantiasa dibaluti rasa ketakutan yang melampau. fobia yang menghantui diri.'

kekadang tertanya sendiri, mengapa aku seringkali dimarahi? walaupun aku cuba untuk menjadikan hari itu ceria, adakala akau berjaya dan adakala aku tewas. lantas aku merasakan bahawa aku ini begitu menyusahkan ke sehingga hari-hari insan itu menunjukan perwatakan yang menakutkan. adakah aku begitu menyusahkan? begitu lemahkan aku sehingga aku merosakkan hari-harinya?

seandainya aku senantiasa berhadapan dengan situasi ini, masihkan aku diperlukan?

aku manusia biasa. punya rasa yang ingin dimengerti. aku cuba bertahan. aku cuba menyejukkan diri. aku menangis. aku memberi motivasi kepada diri sendiri. aku bermonolog bahawa semuanya akan baik-baik saja.. dan mungkin khilafkan, aku sering juga tewas.

kepada insan itu, maafkan aku. aku tidak berkeupayaan untuk memenuhi kehendakmu. aku sukar untuk menapak di setiap langkah yang kau ingini untuk aku selusuri. mungkin kerana aku tersilap selangkah dua, maka aku mengundang marahmu, seolah aku mencabar kesabaranmu.

namun ketahuilah wahai insan bahawa aku sering cuba untuk membaiki diri dan menapak di setiap langkahmu namun sering jua aku membuatmu marah dan moody. maafkan aku.

dan untuk kali ini, aku benar-benar akan mengundur diri. semoga tidak ada lagi yang akan merosakkan mood pagimu. semoga tiada lagi aku yang sering membuatmu marah dan bermasam muka. tiada lagi aku yang sering kau ingatkan untuk melakukan itu, melakukan ini. tiada lagi aku yang acapkali kau beri tunjuk ajar namun perlahan menyerap inginmu lantas merosak 8 jam harimu di tempat kerja.

kepadamu wahai insan, terima kasih kerana mengutip aku kala aku tersadung 7 bulan yang lepas. maaf andai aku menyakiti dan menghampakanmu.

hanya daripadaku, hargailah sesiapa yang akan berada di tempatku nanti. sesekali cuba faham naluri seseorang. jangan hanya mementingkan 'kerisauan' lantas kau sakiti insan lain. setiap manusia mempunyai limit untuk bekerja. hargai sebaiknya.

...bersambung



Tuesday, March 27, 2012

ini kisah gua lak

salam sejahtera semua..

terima kasih tak terhitung banyaknya kepada rakan2 blogger yang dekat di hati kerana mendoakan kesejahteraan nenda kesayangan gua. semoga nenek beroleh kesihatan berpanjangan.

lewat malam ni gua nak update tentang diri gua lak..

Mmm.. siang tadi gua telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja di tempat yang sekarang ini dek persekitaran dan pendek kata gua tak tahan ar. siapa tahan kalau kita berada di bawah kawalan ketat oleh seorang yang sedikit pelik. gua definisikan dia sangat pelik dan sungguh 'menakjubkan' kerana dia sangat pelik dan sangat pelik. gua tak tau nak jelaskan bagaimana sebenarnya yang gua rasa..

hanya gua boleh beritahu yang gua berada dalam ketakutan dan fobia serta tahap keyakinan berada di tahap terbawah.

selama bekerja di sana 6 bulan+ maka saya dengan penuh rasa yakin menyatakan bahawa saya akan berhenti kerja. apapun yang berlaku selepas keputusan ini saya akan menanggungnya. sakit atau derita saya berani menanggungnya asal saya tidak diperlakukan seperti terlalu bodoh.

hah.. penuh emo sampai 'gua' ader, 'saya' pun ader.. kahkah.. layan sajalah labu..

ya, to be honestlah.. di tempat kerja i cant talk to pekerja lain. rasa takut menghantui. kesalahan yang sekelumit cuma seolah melakukan kesalahan terbesar. kesalahan orang lain gua yang harus menjawabnya dan mendengar bebelan demi bebelan. sungguh penat dan rasa takut.

apapun, gua kini bebas dan gua ingin mencari balik diri gua yang telah hilang......

kepada perempuan itu, thank you for the experience. banyak yang saya pelajari. katamu kita akan jumpa pelbagai jenis manusia dan betul, gua telah bertemu dengan manusia yang sangat pelik selama hidup gua. dan itu kamu.. ya kamu wahai perempuan!

daripada gua, berpura-pura tidak baik kerana ada yang lebih mengenalimu.

kepada kawan2 sekerja yang gua tak sempat nak beramah mesra walaupun dah hampir 7 bulan bekerja dengan kalian, korang baik2 saja ok. dan ketahuilah bahawa perempuan itu selalu mengata korang depan gua. hahahaha.. jangan jadi mcm gua yang berdiam bila dimarah, menangis bila dipersalah.. lawan saja perempuan itu. kekadang dia tak masuk akal.

dan kepada kawan2 blogger yang memerlukan pekerja lebih kepada admin, sila ganggu gua. hahaha.. gua available bulan 5. hahaha.. bulan 4 ni gua nak balik kg untuk melawat nenek dan ketenangan fikiran yang kucar kacir dan bercelaru.

serius gua kehilangan diri gua.

ooo pearls, di manakah dirimu. kembalilah.. i am free now!



with lotsoflove,

Sunday, March 25, 2012

keadaan nenek

aloha..
salam sejahtera di hari yang indah!

keadaan nenek masih tak OK. Semenjak terjatuh hari tu, nenek sukar untuk duduk. kalau nak duduk pun hanya dalam beberapa minit sahaja then akan baring semula. pastinya nenek sangat kesakitan.

apapun, dalam kejauhan ini doa sering kuutuskan utk nenda kesayangan. betapa aku merinduinya.

lagi dua minggu aku akan balik kampung melawat nenek. non-stop thanks to adik zie and zuana coz sanggup balik kg weekend utk nenek.. oso to my auntie and family for being with grandma. much thank you to all of you.

pagi tadi mimpi pasal nenda dan seawal pagi itulah aku menghubungi adikku bertanya keadaan nenek. nenek OK cuma semalaman tak tido.

nenda,
ketahui olehmu, di kejauhan ini hati merintih merinduimu. semoga beroleh kesihatan dan sembuh dengan segera. kudoakan selalu.

i miss and love you always, grandma.


with lotsoflove,

Saturday, March 17, 2012

nenek jatuh

aloha dan salam sejahtera kepada diri gua sendiri dan kepada kawan2 yang bertandang ke teratak hatiku ini..

hari yang sangat indah bukan?

pagi tadi gua terjaga jam 5.45am. begitulah rutinnya kalau bukan waktu bekerja gua boleh je bangun seawal yang gua nak. kalau hari bekerja, terasa liat ya amat untuk memulakan hari. Mmm..

oleh kerana masih awal then gua teruskan tido.. kahkah. "terbaek!" bak kata boboiboy..

semalam adik lelaki gua (anto) g tau yang nenek kurang sihat. dia tjatuh and seharian tido tak makan. sehinggakan adik gua tu menyuruh gua balik kampung. i will bro!

tetapi sebelum tu, gua hubungi adik perempuan gua, zie. minta dia balik kampung dahulu dan tengok cmana keadaaan nenek. and now dia dah dalam pejalanan pulang. semoga selamat.

kepada nenek yang amat gua sayang, ketahui aku sering teringatkanmu, terkenangkanmu. tiada jarak yang bisa menjadi benteng untuk aku merinduimu. sering doaku menyertaimu, semoga sihat selalu hendaknya.

nenekku sayang, i love you.

kembali sihat. aku doakan selalu.



with love,